Ujian mengajar erti sebuah kehidupan

  "Ujian Mengajar Erti Sebuah Kehidupan"

Aku, dilahirkan dan dibesarkan bersama kasih sayang seorang nenek yang lebih mesra dipanggil "Tokma". Selama 19tahun, aku menumpang kasih sayang seorang nenek yang mempunyai 7orang cucu. Aku sebagai cucu sulung juga sebagai pewaris dibelai dengan kasih sayang yang sangat hebat dan diajar erti kemewahan dalam hidup. 

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Tanggal 26/6/2018, merupakan tarikh keramat bagi seluruh keluarga aku apabila kami dikejutkan dengan berita pemergian Tokma yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Pada masa yang sama, aku menduduki peperiksaan akhir pada tarikh tersebut yang bermula pada 25haribulan sehingga 14Julai. Tanpa membuang masa, aku terus pulang dengan airmata yang tidak henti-henti membasahi pipi dan menghabiskan "gap" peperiksaan aku dirumah. 

Peristiwa ini memberi tamparan hebat kepada aku sehingga aku merasakan bagai hilang akal & tiada tujuan hidup. Ya, kerana matlamat aku untuk sambung belajar hanyalah untuk membanggakan dan membalas jasa Tokma aku, tetapi tidak sempat aku berbuat demikian. Baki hari yang tinggal untuk aku pulang semula ke kolej hanyalah 3hari, terlalu singkat kan? Malah aku pun belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan subjek seterusnya. 

Suatu ketika dulu, aku pernah menonton sebuah cerita yang mengisahkan tentang seorang kanak2 lelaki berusia 8 tahun yang kehilangan kedua ibubapanya yang terlibat dalam kemalangan. Dan aku terfikir, macamana dia nak survive dengan hidup dengan usia yang terlalu muda & hidup di kota raya. Berbagai persoalan terlintas di fikiran. Dan aku juga terfikir, aku tidak mahu hidup seperti itu tanpa belaian serta kasih sayang keluarga. 

Akan tetapi, apabila peristiwa ini berlaku keatas aku merasakan hidup ini seperti tergantung. Dan aku terfikir, adakah hidup aku seperti cerita lalu? Dan aku juga terfikir bagaimana untuk aku membina semula kekuatan diri. 

Ujian ini terlalu berat untuk aku hadapi tetapi aku yakin Tuhan tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu untuk hambaNya hadapi. Sejenak aku berfikir untuk bekerja bagi menyara keluarga aku. Tapi aku yakin Tuhan adalah sebaik baik perancang dan aku berserah kepadaNya. 

Kini, aku bertawakkal bersungguh sungguh kepadaNya dan aku sedar sudah tiba masa untuk aku belajar untuk hidup berdikari. Ya, aku masih punya ibu, ibu saudara. Tapi hilangnya Tokma seperti hilangnya separuh diri aku. Hidup. Hidup ini terlalu singkat untuk kita kejar apa yang kita mahu. Dalam aku bersedih, aku juga terfikir untuk menguatkan semangat diri "kita juga akan pergi tetapi berbeza masa dan cara". 

Semoga perkongsian ini menjadi teladan untuk membina semangat diri. Semoga saya & keluarga juga diberi kesabaran yang mantap untuk menghadapi segala ujian 🌸

Semoga Allah menjadikan Syurga sebagai ganti tempat tinggal Tokma. Al Fatihah




Comments

Popular posts from this blog

Pentadbiran Awam? Best ke Pentadbiran Awam ni?

2021 just start...